Sorting by

×

SELESAI ISU BANJIR HAMPIR 18 TAHUN – MPJ

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

JASIN 15 Jun – Isu banjir yang membelenggu penduduk di Jalan Seroja, Taman Maju hampir 18 tahun akhirnya bakal diselesaikan menerusi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur yang dianggarkan siap pada 26 Jun ini.

Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, kerja-kerja naik taraf telah dilaksanakan bermula Februari lalu menerusi peruntukan daripada Kementerian Ekonomi.

Katanya, kerja-kerja naik taraf tersebut dilaksanakan MPJ di Taman Maju bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku akibat daripada sistem jajaran longkang.

“MPJ sedang menaik taraf lokasi ‘hotspot’ banjir berulang yang disebabkan jajaran longkang sedia ada yang tidak dapat menampung kapasiti limpahan air.

“Projek naik taraf infrastruktur di Taman Maju ini telah menerima peruntukan daripada Kementerian Ekonomi telah bermula dari 4 Februari dan dijangka siap 26 Jun ini.

“Kerja-kerja menaik taraf itu akan melibatkan enam rumah penduduk di Jalan Seroja 4, Taman Maju dan insya-Allah selepas kerja menaik taraf itu selesai, masalah banjir seperti sebelum ini tidak lagi berlaku di kawasan terbabit,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Mohd Raziff Adip memuat naik hantaran di laman sosial miliknya memaklumkan isu banjir hampir 18 tahun masyarakat sekitar Taman Maju bakal diselesaikan.

“Hampir 18 tahun masyarakat mengalami isu banjir. Alhamdulillah, dengan peruntukan yang ada semoga dapat menyelesaikan isu banjir di Jalan Seroja, Taman Maju. Terima kasih MPJ,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

510
Kongsi :
Previous post PELURU BERPANDU TARIKAN BAHARU MUZIUM TLDM
Next post MPHTJ, MPHS ‘KONGSI ILMU’, PERKUKUH KERJASAMA