Sorting by

×

PELURU BERPANDU TARIKAN BAHARU MUZIUM TLDM

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 15 Jun – Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal menampilkan tarikan baharu dengan mempamerkan peluru berpandu yang pernah digunakan oleh pasukan itu kepada umum tidak lama lagi.

Antara peluru berpandu yang bakal menghiasi ruang pameran ialah Otomat Mk.2 SSM, Aspide SAM, Seawolf SAM, Exocet MM-38 dan Sea Skua ASM yang mana kesemuanya pernah digunakan dalam operasi sebenar TLDM.

Kurator Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Nurman Mohd Baroldin berkata, perkara itu dipersetujui semasa perjumpaan bersama Ketua Pengarah Pusat Strategi Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM, Kapten T. Anandthan serta pegawai kanan TLDM.

“Cadangan menaik taraf pameran di Muzium TLDM ini bertepatan dengan perancangan PERZIM untuk merancakkan sambutan Tahun Melawat Melaka 2.0.

“Pameran ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada muzium sedia ada, malah mampu menarik minat generasi muda dan pelancong dalam serta luar negara,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, sesi libat urus PERZIM itu diwakili oleh Nurman bersama Penolong Kurator, Farahwahedah Abd Wahab dan Pembantu Muzium (Bahagian Pemuziuman (Penswastaan, Pulau dan Arkeologi), Siti Salwa Ismail.

Selain peluru berpandu, beberapa program dan aktiviti bersama pihak TLDM turut dirancang bagi memastikan pengisian muzium lebih menarik sepanjang kempen Tahun Melawat Melaka 2.0.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

530
Kongsi :
Previous post LAMAN RIMBUN TAMAN BACHANG BARU JADI MODEL KEHIJAUAN BANDAR
Next post SELESAI ISU BANJIR HAMPIR 18 TAHUN – MPJ