Sorting by

×

OPERASI BERSEPADU CEGAH JENAYAH SOSIAL: MBMB KELUAR 13 NOTIS KESALAHAN

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KOTA LAKSAMANA 16 Jun – Sebanyak 13 notis atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kepada lima premis pada Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Sosial, di sini, semalam.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata operasi yang memfokuskan pusat hiburan dan karaoke itu diadakan secara bersepadu bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM); Jabatan Imigresen Malaysia; Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan agensi-agensi berkaitan.

Shadan berkata, sebanyak lima premis hiburan sekitar Kota Laksamana dan Melaka Raya diperiksa sepanjang operasi dijalankan.

“Sebanyak 13 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan membabitkan premis beroperasi tanpa lesen; mempamerkan logo minuman keras pada iklan; iklan tanpa lesen; pekerja tiada suntikan tifoid dan pelbagai lagi kesalahan.

“MBMB melaksanakan operasi bersepadu tersebut secara berkala dan bertindak mengikut aduan awam yang diterima,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata kesemua notis kesalahan dikeluarkan melibatkan Akta Undang-Undang Kecil (UUK) Panggung dan Tempat Hiburan Awam (MPM) 1989; UUK(1)2020 Tidak Menjalani Suntikan Tifoid; UUK(3)1 jalankan aktiviti tanpa lesen serta pelbagai lagi.

“Saya sarankan mana-mana pemilik premis memohon lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara berlesen serta mematuhi peraturan serta undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

560
Kongsi :
Previous post POLIS SEDANG KENAL PASTI DALANG PENIPUAN PAKEJ HAJI
Next post PENDIKA SAMBUT BAIK ‘KHABAR GEMBIRA’ BUAT PENGAMAL MEDIA PADA HAWANA 2025