Sorting by

×

TAJAAN UMRAH MENANTI PENGUNJUNG ‘MALAM DEMI CINTA SUCI’ MELAKA AGROFEST 2025

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 17 Jun – Pengunjung yang hadir ke acara ‘Malam Demi Cinta Suci’ sempena Melaka Agrofest 2025 berpeluang memenangi tajaan menunaikan umrah menerusi cabutan bertuah yang akan diadakan pada malam tersebut.

Acara istimewa itu akan berlangsung pada 27 Jun ini di Dataran Sejarah, Ayer Keroh dan bakal menampilkan persembahan khas kumpulan nasyid terkenal, UNIC yang dijangka menggamit memori melalui lagu-lagu hit mereka.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, persembahan itu merupakan salah satu pengisian utama program Melaka Agrofest 2025 yang diadakan selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Jun.

“Pada malam Jumaat itu kita akan bersama kumpulan UNIC dalam tema ‘Malam Demi Cinta Suci’ dan pada masa yang sama pengunjung yang hadir berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa tajaan umrah,” katanya pada sidang media Melaka Agrofest 2025 di Wisma Negeri, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Low Chee Leong dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Melaka, Rozli Azizi Talib.

Melaka Agrofest 2025 dijangka menarik ribuan pengunjung dengan pelbagai pengisian menarik seperti pameran produk agro, jualan hasil tani, pertandingan serta aktiviti kekeluargaan sepanjang tiga hari penganjurannya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

530
Kongsi :
Previous post RENTAK BERTANDAK ANTARABANGSA MELAKA DARI 2 HINGGA 6 JULAI DEPAN
Next post KERAJAAN GUBAL AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006 UNTUK PERKASA TVET