Sorting by

×

37 KAMPUNG DI BEMBAN DAPAT ALAMAT BAHARU, DILENGKAPI KOD QR

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BEMBAN 30 Jun – Sebanyak 37 buah kampung tradisional dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban akan ditransformasikan kepada Kampung Digital bersempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang sedang berlangsung selama dua minggu.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, secara keseluruhan sebanyak 2,510 buah rumah akan diberikan alamat baharu yang dilengkapi kod QR.

Jelas beliau, untuk fasa pertama, sebanyak 1,298 rumah daripada 18 buah kampung telah selesai ditransformasikan dan diberikan pelekat Kampung Digital.

“Kami turun padang menyantuni penduduk di Kampung Ulu Duyung dan Kampung Solok Hilir di bawah DUN Bemban iaitu antara 37 buah kampung yang akan menerima pelekat kod QR bagi Kampung Digital.

“Penampalan ini memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam seperti pos, logistik, kesihatan dan keselamatan lebih efisien.

“Sebelum ini, ramai hanya bergantung kepada alamat kilometer (km) atau batu penanda jalan. Kini dengan adanya alamat baharu melalui kod QR ini, penduduk berasa lebih yakin kerana rumah mereka sudah tersenarai secara rasmi dalam sistem maklumat geografi (GIS),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada program Sesi Edaran Pelekat Kampung Digital sempena WRUR DUN Bemban, di sini, hari ini.

Hadir sama, Penyelaras DUN Bemban, Mohd Raziff Yakop serta kenamaan lain.

Mengulas mengenai penganjuran WRUR yang kini memasuki edisi keempat, Fairul Nizam yang juga Pengerusi Penyelaras Program WRUR, mendapati ia semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

“Secara keseluruhannya, saya percaya masyarakat tertunggu-tunggu WRUR di DUN seterusnya seperti Duyong dan Rembia. Persiapan di DUN lain pun kini sedang giat dijalankan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

584
Kongsi :
Previous post SENI BUDAYA, PERMAINAN TRADISIONAL WARNAI PRA-PELUNCURAN WTD 2025
Next post HAMPIR 255,000 MANUSKRIP BERKAITAN MELAYU, MELAKA TERSIMPAN DI BELANDA