Sorting by

×

PERSIAPAN WRUR DUN DUYONG SUDAH BERMULA

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

DUYONG 1 Julai – Persiapan untuk menjayakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) sudah mula dilaksanakan oleh pihak Jeperun Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi serta jabatan kerajaan berkaitan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, penganjuran WRUR edisi keenam di DUN Duyong dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 26 Julai depan selepas WRUR DUN Bemban.

“Keutamaan saya sekarang adalah memastikan program yang akan dilaksanakan sepanjang dua minggu WRUR berlangsung memenuhi aspirasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“Sudah pasti akan ada kelainan untuk WRUR DUN Duyong dan ianya akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Hari Keluarga Kota Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Padang Bola Sepak Taman Seri Telok Mas, di sini, 29 Jun lalu.

Beliau yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi digital negeri berkata, pihaknya akan mencari kaedah terbabik bagi memastikan aspirasi Ketua Menteri dapat dilaksanakan dan selaras objektif penganjuran WRUR iaitu merakyatkan pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Jadi kita akan atur program sebaik mungkin dan memastikan ianya mencapai matlamat seperti dinginkan Ketua Menteri.

“Malah penganjuran Hari Keluarga Kota Melaka yang bertindak sebagai ‘soft launching’ WRUR di setiap DUN dalam Parlimen Kota Melaka juga merupakan inisiatif amat baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

584
Kongsi :
Previous post KILANG PERABOT MUSNAH TERBAKAR DI BUKIT RAMBAI
Next post MPJ NOKTAHKAN PENANTIAN PEMOHON BANTUAN BAIK PULIH RUMAH