
MASUK PERCUMA KE MUZIUM PENJARA HINGGA 31 JULAI
BANDA HILIR 2 Julai – Muzium Penjara Malaysia, melanjutkan insentif kemasukan percuma kepada orang ramai ke muzium itu iaitu sehingga 31 Julai 2025.
Muzium Penjara Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, tawaran istimewa itu sebelum ini ditetapkan selama sebulan iaitu pada 1 hingga 30 Jun 2025, namun ia dilanjutkan sebulan lagi bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung menikmat pelbagai tarikan yang disediakan.
Menurut muzium berkenaan, insentif itu diberikan bersempena Bulan Sambutan Hari Penjara Ke-235 yang bertemakan ‘Peradaban Manusiawi Perkukuh Masyarakat Madani’.
“Jom Ke Muzium Penjara Malaysia! Pelanjutan masuk percuma di Muzium Penjara Malaysia sempena Hari Penjara Ke-235.
“Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Muzium Penjara dan merasai sendiri pelbagai tarikan dan suasana di dalam sel banduan,” kata kenyataan itu.
Insentif kemasukan percuma itu ditawar pada setiap hari bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BUKA PENTAS HARGAI ANAK MUDA, SEPTEMBER INI
DURIAN TUNGGAL 30 Julai - Kerajaan Negeri akan menganjurkan Karnival Anak Muda Melaka buat julung kalinya pada awal September depan,...
30 ANAK MELAKA BAKAL TERIMA TAJAAN PENGAJIAN KEJURURAWATAN
DURIAN TUNGGAL 30 Julai - Komitmen Kerajaan Negeri dalam memperluaskan akses pendidikan berkualiti terus membuahkan hasil apabila sebuah universiti swasta...
MESRA PENDIDIKAN SUNTIK RM15 JUTA UNTUK ANAK MELAKA
DURIAN TUNGGAL 30 Julai - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM15 juta menerusi Inisiatif Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Pendidikan tahun ini...
590 ‘PERMATA’ MELAKA TERIMA INSENTIF KECEMERLANGAN
DURIAN TUNGGAL 30 Julai - Seramai 590 pelajar cemerlang yang meraih kejayaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi...
MPAG SEMARAK BULAN KEBANGSAAN DENGAN 2,000 JALUR GEMILANG
ALOR GAJAH 30 Julai - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menyasarkan pemasangan antara 1,500 hingga 2,000 Jalur Gemilang di seluruh...
ABIBAH LEGA, LPM BAIK PULIH RUMAH BERISIKO ROBOH AKIBAT ANAI-ANAI
PAYA RUMPUT 30 Julai - Bantuan baik pulih rumah Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) memberi...
