Sorting by

×

SUKAN MELAKA EDISI KETIGA 2025, PERTANDINGKAN TUJUH ACARA

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 11 Julai – Kejohanan Sukan Melaka Edisi Ketiga dijadualkan berlangsung dari 26 Julai hingga 28 September, dijangka melibatkan lebih 15,000 peserta dari seluruh negeri ini.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam berkata, kejohanan kali ini akan dimulakan dengan Sukan Melaka Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 26 Julai hingga 1 September, diikuti peringkat negeri dari 5 hingga 28 September.

Katanya, edisi kali ini akan mempertandingkan tujuh jenis sukan iaitu bola sepak, futsal, bola jaring, sepak takraw, snuker, bola keranjang dan penambahan baharu iaitu badminton.

“Edisi lalu cuma melibatkan 13,963 peserta, tahun ini akan berganda kepada 15,000 orang. Saya amat berharap kejohanan ini mencapai matlamat penganjurannya iaitu membentuk masyarakat sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penglibatan sukan yang menyeluruh serta inklusif.

“Saya yakin semua DUN mengambil maklum berkenaan penganjuran Sukan Melaka yang diadakan setiap tahun dan telah membuat persiapan lebih awal bagi menghadapi kejohanan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Shanmugam berkata, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dijangka hadir bagi menyempurnakan Majlis Penutup Sukan Melaka Edisi Ketiga dijadualkan berlangsung di Stadium Hang Tuah pada 28 September.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

738
Kongsi :
Previous post KERJASAMA ERAT KERAJAAN NEGERI, MOTAC LANCARKAN PERSIAPAN WTD, WTC 2025
Next post KOMUNITI KAMPUNG MORTEN DAN PANTAI PERINGGIT TERIMA MANFAAT PELAKSANAAN PTK