Sorting by

×

LARIAN SANTAI ZOO MELAKA TAWAR PENGALAMAN UNIK KEPADA PESERTA

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 14 Julai – Program Larian Santai bersempena Sambutan Hari Harimau Sedunia di Zoo Melaka dianjurkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bersama Active Nation Malaysia, bakal menawarkan pengalaman unik kepada peserta yang mengambil bahagian.

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, larian dijadualkan pada 3 Ogos itu menawarkan kelainan apabila peserta berpeluang berlari melalui trek sejauh empat kilometer  yang dikelilingi lebih 500 spesies haiwan, menyaksikan keindahan landskap hijau dan menghirup udara nyaman sekitar Zoo Melaka.

Katanya, larian bermula di Dataran Sejarah, Ayer Keroh itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung usaha pemeliharaan harimau sambil membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam suasana menyeronokkan bersama keluarga.

“Hari Harimau Sedunia disambut pada 29 Julai setiap tahun dan bagi menyokong usaha pemeliharaan haiwan itu kami di MPHTJ bersama Active Nation Malaysia menganjurkan larian ini.

“Bagi larian ini peserta boleh memilih tiga pakej iaitu pakej A (basic) dengan harga RM25, pakej B (medal) dengan harga RM35 dan pakej C (jersi dan medal) dengan harga RM55. Kami turut menyediakan e-sijil, snek ringan dan cabutan bertuah buat peserta,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sapiah berkata, pemberian medal penamat dan jersi adalah bergantung kepada jenis pakej yang dipilih oleh peserta, tarikh tutup pendaftaran pula adalah pada 1 Ogos sebelum jam 11.55 malam dan dihadkan kepada 300 orang sahaja.

“Selain larian peserta juga boleh mengikuti sesi Zumba Aerobik, kit larian boleh dituntut pada 1 Ogos (Jumaat) dari jam 5 petang hingga 10 malam di Bazar Malam Tepi Sungai Melaka, Plaza Melaka Sentral,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

858
Kongsi :
Previous post SESI PENERANGAN BERTUMPU LANCARKAN PROSES MENDIGITALKAN DUN DUYONG
Next post MELAKA SAMBUT BAIK PENYELARASAN DASAR, PEMBANGUNAN NEGERI