Sorting by

×

MELAKA MAHU CETUS GELOMBANG BAHARU PELANCONGAN

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDA HILIR 27 Julai – Melaka berhasrat mencetus gelombang baharu dalam pembangunan sektor pelancongan menerusi jalinan kerjasama kreatif dengan pelbagai pihak.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kerjasama itu merangkumi sinergi rentas sektor antara agensi, pemain industri dan komuniti setempat.

Jelas beliau, perkara itu penting memandangkan dalam landskap pelancongan yang kian mencabar dan kompetitif masa kini, kejayaan masa depan Melaka tidak lagi boleh digalas oleh kerajaan semata-mata.

“Justeru, saya melihat kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan Hard Rock Cafe Melaka ini bukan sekadar satu pencapaian, tetapi pencetus gelombang baharu dalam pembangunan pelancongan negeri.

“Bukan itu sahaja, kerjasama erat juga diperlukan bersama pemain-pemain industri pelancongan, agensi pelancongan pemilik-pemilik hotel, inap desa dan semua yang terlibat bagi sama-sama mengangkat sektor pelancongan ke mata dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran T-Shirt Edisi Khas Melaka River Cruise X Hard Rock Cafe Melaka Sempena Ulangtahun PPSPM Ke-20 dan Pakej Cruise Rock The River Dengan Kerjasama Hard Rock Cafe Melaka, di sini, semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Datuk VP. Shanmugam; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris.

Dalam pada itu, Ab Rauf menzahirkan arapan saya agar lebih banyak pihak tampil menjalin kolaborasi yang berani, kreatif dan berimpak tinggi demi membina ekosistem pelancongan Melaka yang lestari.

“Usaha ini seterusnya akan terus menjadikan Melaka sebagai destinasi pilihan utama pelancong tempatan mahupun antarabangsa,” tambah beliau

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

498
Kongsi :
Previous post ‘ROBLOX KINGDOM OF DUYONG KITA’ PROMOSI PELANCONGAN SECARA MAYA
Next post KARNIVAL KAWAN PTPTN MELAKA DIDIK ANAK-ANAK MENABUNG