
MPJ LESTARIKAN LANDSKAP SMKA TUN PERAK
JASIN 6 Ogos – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menjalin kerjasama strategik bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Perak, Taman Maju bagi memperkasakan aspek kelestarian dan pembangunan landskap di sekolah itu.
Usaha itu adalah susulan sesi libat urus dan perbincangan pada 29 Julai lalu, bagi pelaksanaan projek landskap yang lebih lestari dan sesuai dengan keperluan setempat.
Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, antara fokus utama perbincangan ialah untuk menggalakkan komuniti sekolah menjaga kebersihan dan keceriaan landskap secara bersama.
“MPJ bersedia memberikan khidmat nasihat berkaitan pembangunan landskap, termasuk cadangan jenis pokok yang sesuai dan mudah diselenggara.
“Jalinan ini penting supaya pihak sekolah dan komuniti memahami garis panduan berkaitan landskap dan dapat merancang bajet penyelenggaraan dengan lebih berkesan pada masa hadapan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Tambahnya, perbincangan itu turut membuka ruang kepada penyediaan kemudahan hijau yang bukan sahaja mencantikkan kawasan sekolah tetapi juga berfungsi sebagai ruang komuniti.
“MPJ juga bersedia menyediakan sokongan teknikal dan kepakaran landskap agar imej sekolah sebagai pusat pendidikan dan komuniti dapat dipertingkatkan secara berterusan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘MUAFAKAT MELAKA’ JADI PENYATUAN PN, BN DAN NGO
BUKIT KATIL 30 Oktober - Muafakat Melaka yang dilancarkan bagi menyatukan kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN)...
PRN MELAKA: BUKAN IGAUAN, KEMENANGAN PN-BN DALAM JANGKAUAN – AHMAD SAMSURI
BUKIT KATIL 30 Oktober - Perikatan Nasional (PN) menyifatkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) sebagai peluang yang mampu dicapai dalam...
PRN MELAKA: PN SETUJU SERAH KERUSI BANDAR HILIR KEPADA MCA
BUKIT KATIL 30 Oktober - Perikatan Nasional (PN) bersetuju memberi laluan kepada MCA untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri...
‘USAHA SAYA HARI INI DEMI KESELESAAN GENERASI MELAKA AKAN DATANG’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 30 Oktober - Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh bermula hari...
PRN MELAKA: PN PERKENAL LIMA CALON, SATU LAGI DIUMUM KEMUDIAN
BUKIT KATIL 29 Oktober - Perikatan Nasional (PN) mengumumkan lima calon daripada enam kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: DR. YADZIL KEKAL PERTAHAN DUN BEMBAN
BUKIT KATIL 29 Oktober - Dr. Mohd Yadzil Yaakub bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada Pilihan Raya...
