Sorting by

×

WRUR BUKAN PROGRAM BERMUSIM – KM

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

REMBIA 6 Ogos – Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukanlah sekadar program bermusim atau berkonsepkan slogan semata-mata sebaliknya ia dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan menjadi cerminan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyantuni rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, WRUR merupakan usaha berterusan yang menekankan kepada pendekatan turun padang dalam mendengar sendiri rintihan rakyat.

Katanya, segala isu dan aduan rakyat dibangkitkan perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu mengikut portfolio dan bidang kuasa jabatan atau agensi terlibat.

“Kita akan laksanakan sesi ‘post mortem’ setiap kali selepas WRUR bagi menilai aduan atau masalah yang masih belum diselesaikan serta melihat tindakan lanjut yang perlu diambil, jadi program ini bukan bermusim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Kilang Long Chan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras DUN Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin dan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata WRUR DUN Rembia telah menerima sebanyak 476 aduan rakyat dan akan diselesaikan dalam tempoh 14 hari.

“Kerajaan Negeri komited menelusuri denyut nadi masyarakat dengan pendekatan menyeluruh yang merangkumi pelbagai aspek kebajikan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

429
Kongsi :
Previous post RTB ALOR GAJAH FASA 1 CAPAI 66 PERATUS, DIJADUAL SIAP AWAL 2026
Next post MPJ LESTARIKAN LANDSKAP SMKA TUN PERAK