Sorting by

×

DEWAN BELIA MELAKA ANGKAT SUARA ANAK MUDA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 13 Ogos – Dewan Belia Negeri Melaka merupakan platform penting bagi mengangkat suara anak muda untuk dipertimbangkan Kerajaan Negeri, kata Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam.

Shanmugam berkata, inisiatif itu memberi ruang kepada belia daripada pelbagai latar belakang seperti ahli persatuan, mahasiswa universiti dan individu bebas menyuarakan pendapat serta cadangan.

“Suara belia ini penting kerana 60 peratus populasi Negeri Melaka adalah orang muda yang memainkan peranan besar dalam pembangunan negeri.

“Pandangan mereka meliputi pelbagai aspek seperti perumahan, pendapatan, kerjaya, dasar kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pembangunan kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Pertama, Penggal Pertama, Dewan Belia Negeri Melaka di Anjung Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sini, hari ini.

Menurut beliau, semua cadangan hasil persidangan tiga hari itu akan disalurkan kepada Exco berkaitan untuk pertimbangan dan tindakan lanjut.

“Mereka bukan sekadar membentangkan usul, malah jika perlu, kita akan memanggil mereka memberi penjelasan. Jika ia memberi manfaat kepada rakyat Melaka, saya yakin rakan-rakan Exco akan menerima dan melaksanakannya,” katanya kepada

Jelasnya, ketika ini pemilihan ahli dewan belia dibuat melalui temu duga, namun tidak menolak kemungkinan akan dilaksanakan secara undian pada masa akan datang.

“Saya pasti semua rakan-rakan Exco akan menerima dengan baik cadangan disuarakan dewan belia ini untuk masa hadapan belia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

470
Kongsi :
Previous post 10 INDIVIDU TERMASUK PEGAWAI, BEKAS PEGAWAI TENTERA DITAHAN DISYAKI TERLIBAT PENYELUDUPAN
Next post LOVE SCAM: TIGA LELAKI NIGERIA, SEORANG WANITA INDONESIA DITAHAN