Sorting by

×

HONDA MALAYSIA PERKASA INISIATIF HIJAU, PROMOSI PELANCONGAN DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

SERI NEGERI 30 Oktober – Kerajaan Negeri Melaka menjalinkan hubungan kerjasama strategik dengan Honda Malaysia menerusi penggunaan 25 unit kenderaan elektrik (EV) jenis Honda EN : 1.

Jalinan kerjasama itu adalah bersempena dengan penganjuran Hari Pelancongan Sedunia (WTD), Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025, Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Melaka.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) ini akan menjadi aset penting dalam mempamerkan imej Melaka sebagai destinasi pelancongan yang moden dan peka terhadap alam sekitar, sejajar dengan tema WTD 2025 aitu ‘Pelancongan dan Trasformasi Mampan’.

Majlis penyerahan kenderaan EV berkenaan yang berlangsung di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, Seri Negeri, hari ini dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem serta Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam.

Yang turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Datuk Maslina Baki, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Datuk Khairul Azreem Mamat dan Naib Presiden Kewangan, Teknologi Maklumat (IT) dan Pengurusan Honda Malaysia, Atsushi Kino.

Menerusi kerjasama terjalin Melaka kini berada pada landasan tepat untuk menjadi peneraju dalam ekosistem mobiliti lestari di Malaysia, sekali gus menyokong sasaran negara untuk menjadi karbon neutral menjelan tahun 2050.

Sementara itu Honda Malaysia menerusi satu kenyatan Ringkas memaklumkan, kerjasama itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam memperkasakan inisiatif mobiliti hijau, pembangunan yang mampan dan lestari dilaksanakan Kerajaan Melaka.

Kenderaan berkenaan juga akan digunakan bagi mempromosikan dan melaksanakan inisiatif atau aktiviti hijau di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

630
Kongsi :
Previous post BAYI SEMBILAN BULAN MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN
Next post KETUA MENTERI RAIKAN PEMENANG CABUTAN BSN SSP