Sorting by

×

WRUR: TANAH PERKUBURAN ISLAM DUN DURIAN TUNGGAL ‘MESRA PENGUNJUNG’

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

DURIAN TUNGGAL 30 Oktober – Tanah perkuburan Islam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal ditransformasikan agar lebih mesra pengunjung, bersih, kemas dan teratur.

Mengulas mengenai perkara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil, berkata inisiatif itu adalah hasil pelaksanaan dasar penyelenggaraan berterusan.

Katanya, selain penyelenggaraan sistematik yang meningkatkan imej, turut diberikan perhatian adalah penyediaan kemudahan bagi keselesaan waris seperti tandas, bekalan air bersih dan tempat duduk berbumbung.

“Kita mahu menyediakan suasana tenteram dan selesa buat waris yang datang menziarahi pusara ahli keluarga masing-masing, khusus pada musim perayaan.

“Saya menetapkan dasar supaya setiap kawasan perkuburan dijaga oleh pekerja yang dilantik,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri sesi ‘town hall’ bersama masyarakat Kampung Pulau sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR), di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat dan Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Zahari berkata inisaitif itu telah dilaksanakan sebelum penganjuran WRUR DUN Durian Tunggal dan ia akan dikekalkan.

“Sekarang kebanyakan kawasan perkuburan sudah jauh lebih bersih dan tersusun berbanding sebelum ini,” katanya.

Zahari turut memaklumkan isu pembinaan masjid baharu di Kampung Gangsa turut mendapat perhatian beliau berikutan keperluan mendesak disebabkan peningkatan jumlah penduduk di kawasan berkenaan.

“Tanah untuk tapak masjid baharu telah dikenal pasti dan disediakan. Kini kita hanya menunggu peruntukan bagi pembinaan bangunannya,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

436
Kongsi :
Previous post WRUR: PENDUDUK KAMPUNG PULAU MOHON PEMBINAAN MASJID BAHARU
Next post WRUR: DUA KELUARGA HUNI RUMAH SEMPIT TERIMA KEDIAMAN BAHARU