Sorting by

×

‘CRUISE MADANI’ RANCAKKAN MELAKA BILA LARUT MALAM EDISI NOVEMBER

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

BANDARAYA MELAKA 2 November -Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan cabutan bertuah Cruise Madani bagi setiap pembelian tiket RM50 ke atas sempena Program Melaka Bila Larut Malam Edisi November.

Tawaran itu sekali gus menjadi antara tarikan utama kepada pengunjung Melaka River Cruise sempena Melaka Bila Larut Malam yang di Jeti Taman Rempah dan Jeti Muara Sungai Melaka malam tadi.

Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat PPSPM Salman Salim berkata menghampiri penghujung tahun 2025, pihaknya menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi merancakkan lagi program Melaka Bila Larut Malam dalam usaha menggamit kehadiran pelancong dan pengunjung.

Katanya, lebih 1,000 pengunjung telah direkodkan di kedua-dua jeti yang dibuka iaitu di Taman Rempah dan Muara Sungai Melaka sempena Melaka Bila Larut Malam yang bermula dari jam 10 malam hingga 2 pagi.

“PPSPM menjadikan Melaka Bila Larut Malam sebagai platform untuk kita mempelbagaikan promosi dengan menyediakan pelbagai tawaran menarik.

“Bagi Melaka Bila Larut Malam Edisi November ini kita gamit pengunjung dengan tawaran cabutan bertuah Cruise Madani, hadiahnya memang menarik iaitu sebuah kereta dan pelbagai hadiah lain.

“PPSPM komited memperkenalkan pelbagai promosi baharu dari semasa ke semasa bagi memperkukuh jenama Sungai Melaka sebagai destinasi riadah malam yang menarik dan mesra keluarga,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di Jeti Taman Rempah, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Salman berkata, PPSPM turut memperkenalkan promosi khas pakej kopi dan Mini Minum dengan penambahan hanya RM10.

Img 20251102 062151 094
SALMAN menunjukkan pakej khas yang diperkenalkan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Jelasnya, promosi itu eksklusif di cawangan Richiamo Taman Rempah bersempena Program Melaka Bila Larut Malam sahaja.

“Inisiatif ini bukan sekadar memberi nilai tambah kepada pengunjung, malah membantu merancakkan semula perniagaan di kawasan sekitar Sungai Melaka.

“Program yang berlangsung hingga lewat malam ini turut diserikan dengan persembahan buskers serta pelbagai jualan usahawan tempatan yang memberi warna kepada suasana malam,” katanya.

Turut dimaklumkan seramai 500 pengunjung terawal turut menerima baucar diskaun jenama sukan tempatan beserta cenderahati daripada PPSPM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

879
Kongsi :
Previous post WRUR DURIAN TUNGGAL BINA KEYAKINAN PELAJAR PPKI
Next post PROGRAM ORANG MUDA RANCAK DI MASJID TANAH