Sorting by

×

SIDANG DUN MELAKA BAJET 2026 PADA AWAL DISEMBER

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDARAYA MELAKA 3 November – Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas akan diadakan pada 5, 8, 9 dan 10 Disember depan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum berkata, persidangan yang berlangsung selama empat hari itu memberi tumpuan kepada pembentangan Bajet 2026 Negeri Melaka, selain usul, perbahasan serta ucapan penangguhan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Katanya, sesi soalan lisan bagi pertanyaan Adun telah dibuka sejak dua minggu lalu dan akan ditutup pada minggu ini.

“Fokus persidangan kali ini adalah membentangkan perancangan belanjawan negeri bagi tahun 2026.

“Sudah pasti antara tumpuan mengenai, pembangunan ekonomi serta penyelarasan pelaksanaan program sepanjang Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyempurnakan Majlis Grand Launch Restoran Bumbu Babah di Jalan Hang Tuah, di sini, pada Sabtu.

Whatsapp image 2025 11 03 at 10.08.08
IBRAHIM

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata pembentangan Bajet 2026 Melaka kali ini bakal mencuri tumpuan ramai memandangkan ia turut memberi tumpuan kepada kesinambungan Tahun Melawat Melaka.

“Melaka telah pun menyambung tempoh penganjuran Tahun Melawat Melaka dari 2024 ke 2026, dan sambutan terhadap program ini setakat ini amat positif, jadi saya jangkakan pembentangan belanjawan Melaka kali ini akan mencuri perhatian ramai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

587
Kongsi :
Previous post POLITEKNIK MERLIMAU PERKUKUH JARINGAN ANTARABANGSA DI CHINA
Next post WRUR: BULATAN, JALAN SEHALA SELESAIKAN KESESAKAN KAMPUNG PADANG KELADI