Sorting by

×

MELAKA KOMITED JADI NEGERI BERASASKAN DATA

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 November – Melaka komited menjadi negeri berasaskan data melalui peluasan data terbuka, tadbir urus tersusun dan pemerkasaan kemahiran digital dalam kalangan penjawat awam.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, langkah itu penting bagi memastikan setiap peringkat pengumpulan, analisis serta penggunaan data dalam pentadbiran negeri dapat diterjemahkan kepada pembuatan dasar yang tepat dan efektif.

“Fokus Melaka selepas ini adalah membina persekitaran tadbir urus data yang tersusun dan memantapkan tenaga kerja sektor awam berkemahiran tinggi dalam bidang digital dan analitik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ASEAN Malaysia Statistical Forum (AMSF) 2025 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib; Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, forum itu menjadi hala tuju kepada negara anggota ASEAN bertukar pengetahuan, memperkukuh kapasiti statistik dan mempromosi kerjasama serantau ke arah pembangunan komuniti berasaskan data.

“Sejajar tema ‘Advancing ASEAN Through Inclusive Data and Innovation’, Malaysia komited membangunkan ekosistem data yang dinamik dan inklusif bagi memacu transformasi digital serta meningkatkan kerjasama serantau.

“Aspirasi ini sedang direalisasikan menerusi kepimpinan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang memastikan data digunakan bagi menyokong rakyat, memaklumkan dasar serta memperkukuh tadbir urus,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

463
Kongsi :
Previous post DATA YANG TEPAT MELAHIRKAN DASAR YANG TEPAT – KM
Next post MELAKA LAMBANG WARISAN KETERHUBUNGAN ASEAN