Sorting by

×

PESARA KERAJAAN BAKAL NIKMATI MANFAAT PELARASAN PENCEN JANUARI DEPAN

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

PENGKALAN BATU 6 November – Kira-kira 950,000 pesara kerajaan bakal memperoleh manfaat daripada hasil pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) apabila pencen diterima diselaraskan menerusi pembayaran kedua, pada Januari depan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, inisiatif pelarasan itu memberikan manfaat kepada kakitangan sedang berkhidmat dan pesara kerajaan.

“Kita sudah ada ketentuan bagi kumpulan pelaksana melibatkan pengurusan dan profesional iaitu pelarasan adalah sebanyak 15 peratus. Tahun lepas kita beri 8 peratus dan tahun ini akan kita tambah tujuh peratus lagi.

“Maknanya pelarasan adalah sebanyak 15 peratus, namun pembayaran dilakukan menerusi dua fasa. Kita tunggu Januari tahun hadapan, fasa kedua bermula dan pesara akan menikmatinya,” katanya ketika ditemui media selepas menziarahi dan menyampaikan sumbangan di rumah pesara kerajaan di Kampung Pulau Kelapa, hari ini.

Lawatan itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad.

Menurut Wan Ahmad Dahlan, pesara tidak pernah ditinggalkan mahupun dilupakan, malah kerajaan sentiasa cakna terhadap aspek kebajikan mereka.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah melupakan pesara yang selama ini telah menabur bakti memberi perkhidmatan kepada rakyat.

“Pesara sentiasa berada dalam radar kita, bagi memastikan kehidupan mereka selepas persaraan berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami apa-apa isu. Untuk itu dalam lawatan saya ke mana-mana negeri menziarahi pesara adalah satu kemestian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

389
Kongsi :
Previous post TEKNOLOGI AI BAKAL UBAH LANDSKAP PENGHASILAN STATISTIK
Next post PENEMUAN RANGKA KAPAL PURBA, ARTIFAK BAKAL BINA SEJARAH BAHARU MELAKA