Sorting by

×

MELAKA BAKAL JADI TUMPUAN PEMINAT SEJARAH DUNIA

Masa Membaca:58 Saat

BANDA HILIR 6 November – Penemuan artifak dan rangka kapal purba di kawasan berhampiran Pulau Melaka atau dahulu dikenali sebagai Pulau Jawa merupakan satu berita gembira untuk sektor pelancongan Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia memandangkan negeri ini bakal menjadi tumpuan peminat-peminat sejarah dari seluruh negara dan dunia.

“Pastinya Kerajaan Negeri akan mengambil langkah kehadapan bagi memastikan penemuan ini adalah satu penemuan yang mempunyai nilai sejarah amat berharga kepada negara dan Negeri Melaka itu sendiri.

“Penemuan ini merupakan satu perubahan yang sangat besar dan boleh mengubah sejarah sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak ekskavasi penyelamatan kapal purba Melaka berhampiran Pulau Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara Mohd Muda Bahadin; Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Erne Hamsah serta lain-lain kenamaan.

Menurut Ab Rauf, kajian secara terperinci akan dilakukan bagi mmembuktikan penemuan tersebut, termasuklah melakukan rujukan dari dalam dan luar negara.

“Pembuktian ini penting kerana ia bakal mengubah struktur sejarah yang sedia ada,” tambahnya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

378
Kongsi :
Previous post KAWASAN EKSKAVASI PULAU MELAKA DIWARTA KAWASAN LARANGAN
Next post MELAKA CATAT PELABURAN BAHARU RM2.2 BILION SETAKAT JUN