Sorting by

×

WRUR: RM82.5 JUTA TAMBAH BAIK INFRASTRUKTUR PENDIDIKAN DURIAN TUNGGAL

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

DURIAN TUNGGAL 7 November – Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan RM82.5 juta bagi menambah baik infrastruktur pendidikan di beberapa sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, peruntukan itu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal; Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Melana; SK Belimbing Dalam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chabau.

Jelas beliau, peruntukan tersebut merangkumi pembinaan baharu serta pelbagai kerja naik taraf bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa.

“KPM telah meluluskan peruntukan penambahbaikan infrastruktur sekolah demi memastikan ruang pembelajaran di sekolah-sekolah yang terlibat dalam DUN Durian Tunggal ini lebih selesa dan kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan Majlis Penutupan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan DUN Durian Tunggal di SMK Durian Tunggal, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Ab Rauf memaklumkan, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) turut memperuntukkan lebih RM320,000 bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan Sekolah Rendah Agama (SRA) di DUN Durian Tunggal.

“Saya yakin usaha ini mampu menjadi pemangkin kepada membina masa depan yang cerah untuk anak-anak Durian Tunggal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

511
Kongsi :
Previous post EKSKAVASI KAPAL PURBA DI PULAU MELAKA MUNGKIN AMBIL MASA LEBIH 2 TAHUN
Next post ‘HEBAT’ SIRI KEDUA DIADAKAN 13 NOVEMBER, PLATFORM SANTUNI MASALAH RAKYAT MELAKA