Sorting by

×

MPJ RAIH PENGIKTIRAFAN ATAS KEPIMPINAN CEMERLANG

Masa Membaca:56 Saat

JASIN 10 November – Usaha berterusan memacu pentadbiran cekap dan pembangunan Bandar Pintar serta Lestari melayakkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari, menjadi finalis Setiausaha Terbaik Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2025.

Anugerah berprestij itu disampaikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada majlis berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Muhammad Zahiruddin berkata pemilihan beliau sebagai finalis adalah hasil daripada pencapaian cemerlang sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sebelum ini.

“Fokus saya adalah mempraktikkan ketelusan dan keberkesanan pentadbiran, serta memperkenalkan sistem kerja bersepadu dan inisiatif digital bagi meningkatkan prestasi majlis.

“Saya turut menekankan usaha memimpin pembangunan Bandar Pintar dan Lestari di Jasin serta melaksanakan pelbagai program inovatif yang menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat.

“Sudah tentu kejayaan ini menjadi kebanggaan seluruh warga MPJ apabila kita terpilih sebagai finalis daripada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia,” katanya.

Katanya, pengiktirafan itu mencerminkan komitmen beliau terhadap kecemerlangan organisasi, inovasi pentadbiran dan kesejahteraan komuniti.

“Ini sekali gus meletakkan MPJ sebagai contoh tadbir urus berintegriti dan berkesan di peringkat nasional,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

473
Kongsi :
Previous post RAIH ANUGERAH PBT, MBMB SETANDING BANDARAYA MAJU – SHADAN
Next post LEPASI SASARAN KE SEPARUH AKHIR , KEMENANGAN IBARAT BONUS – AZLAN ALIAS