Sorting by

×

MASJID AL-GHUFRAN TERIMA SUMBANGAN VAN JENAZAH BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SUNGAI UDANG 11 November – Masjid Al-Ghufran, Bertam Ulu menerima sebuah van jenazah baharu bagi melancarkan aspek pengurusan jenazah di kariah tersebut.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Datuk Rais Yasin berkata van dianggarkan bernilai lebih RM70,000 itu merupakan hasil sumbangan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, van itu telah digunakan pertama kali pada minggu lalu dan sangat membantu melancarkan pengurusan jenazah di kariah berkenaan.

“Sebelum ini pihak masjid pernah menerima sumbangan van terpakai daripada sebuah agensi kerajaan namun kenderaan itu tidak lagi dapat digunakan kerana telah rosak sepenuhnya.

“Dengan adanya van baharu ini pengurusan jenazah dapat dilakukan secara lebih teratur dan cepat,” katanya ketika berucap ringkas pada Majlis Penyerahan Van Jenazah daripada TNB kepada Masjid Al-Ghufran, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Retail TNB Retail, Datuk Kamal Arifin Kamal dan Pengerusi Masjid Al-Ghufran Zaidi Mohd Said serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata pihak pengurusan masjid tidak perlu lagi meminjam daripada pihak luar bagi menguruskan jenazah.

“Saya dimaklumkan bahawa sebelum ini pihak masjid perlu meminjam dan mengunakan wang sumbangan bagi keperluan van jenazah. Sekarang, Alhamdulillah, masjid sudah ada van sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

541
Kongsi :
Previous post MELAKA NEGERI CONTOH TUAN RUMAH ACARA BERPRESTIJ
Next post MELAKA ELAK ATLET ‘DICURI’ MENJELANG SUKMA XXII