Sorting by

×

MALAYSIA TECHLYMPICS 2025 TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN MBOR

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 10 November – Penganjuran Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Akhir Kebangsaan mencatat sejarah apabila meraih dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR).

Pengiktirafan itu adalah bagi kategori Penyertaan Teramai bagi Pertandingan Berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Persembahan Terbanyak ‘Drone’ Di Dalam Bangunan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pencapaian itu membuktikan kejayaan Malaysia sebagai negara yang komited memperkukuh budaya inovasi dan pembangunan bakat muda.

“Syabas kepada para peserta, guru pembimbing serta semua yang terlibat, komitmen dan sumbangan semua menjadi nadi kepada kemajuan sains, teknologi dan inovasi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Malaysia Techlympics 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Menurutnya, Kerajaan Negeri memberi fokus terhadap pembangunan bakat melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Antaranya melalui penubuhan Majlis TVET Negeri Melaka yang merupakan majlis TVET negeri pertama di Malaysia bagi menyelaras 61 institusi TVET di seluruh negeri.

“Matlamat kita di Melaka bukan sekadar bersedia menghadapi masa depan, tetapi menjadi negeri yang membentuk masa depan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

312
Kongsi :
Previous post MALAYSIA TECHLYMPICS 2025 TARIK 1.8 JUTA PENYERTAAN SELURUH NEGARA, RAKAN SERANTAU
Next post PERSIMPANGAN JALAN PAYA RUMPUT DINAIK TARAF, ATASI ISU KESESAKAN