
MAIM LATIH BELIA ASNAF JADI PEMIMPIN SECARA PERCUMA
AYER KEROH 11 November – Belia dalam kalangan keluarga asnaf di negeri ini berpeluang mengasah jati diri dengan menyertai program Kem Kepimpinan Belia (KKB) Tunas Belia selama tiga hari di sebuah hotel di Ayer Keroh.
Program anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Bahagian Pembangunan Insan menampilkan pelbagai pengisian menarik terbuka buat para belia penerima bantuan MAIM pada 21 hingga 23 November ini.
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, penganjuran kem itu bertujuan melahirkan golongan belia asnaf yang berdaya saing, berdisiplin dan memiliki jati diri kepimpinan selaras dengan hasrat MAIM untuk memperkasa modal insan dalam kalangan penerima bantuan.
Tambah kenyataan itu, segala kos termasuk penginapan, makan dan minum akan ditanggung MAIM, selain peserta juga berpeluang memenangi cabutan bertuah.
“Penyertaan dibuka kepada belia berumur antara 18 hingga 25 tahun yakni penerima bantuan MAIM yang masih aktif serta masih mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS).
“Ibu bapa yang mempunyai anak menepati syarat amat dialu-alukan untuk menghantar penyertaan dengan mengimbas kod QR yang disediakan,” maklum kenyataan tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Unit Pembangunan Asnaf, Bahagian Pembangunan Insan, MAIM melalui talian 011-5891 4140 / 011-5880 7884 atau kepada Perundingcara di talian 017-666 8905.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

