Sorting by

×

WRUR TERIMA 1,995 ADUAN RAKYAT, 1,525 SELESAI

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

SERI NEGERI 5 Disember – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang sudah berlangsung di sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun ini menerima sebanyak 1,955 aduan daripada rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,525 aduan telah diselesaikan dan bakinya berada dalam tindakan kerana memerlukan perhatian dan penelitian lanjut di peringkat Persekutuan.

Katanya, daripada sembilan edisi, DUN Rembia menerima jumlah aduan tertinggi iaitu sebanyak 409, diikuti 391 aduan di DUN Pengkalan Batu, manakala peratusan aduan tertinggi diselesaikan ialah DUN Bemban iaitu sebanyak 96 peratus.

“Di DUN Kuala Linggi, sebanyak 170 aduan diterima dan sebanyak 141 telah diselesaikan, manakala 391 aduan di DUN Pengkalan Batu dan 320 diselesaikan.

“DUN Sungai Udang pula menerima 174 aduan dan 149 selesai; DUN Lendu terima 283 aduan dan 224 selesai serta DUN Bemban pula sebanyak 117 aduan dan 113 daripadanya selesai.

“Selain itu, DUN Duyong pula menerima 80 aduan dan 76 selesai; DUN Rembia 409 aduan dan 313 selesai, DUN Klebang 181 aduan dan 100 aduan selesai, manakla DUN Durian Tunggal, baru-baru ini menerima 220 aduan dan 80 telah diselesaikan manakala bakinya masih dalam tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Adly Zahari (PH-Bukit Katil) dan soalan lisan tambahan Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim (BN-Pantai Kundor) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Menurut Ab Rauf, selain WRUT, Kerajaan Negeri turut menganjurkan Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Bersama Rakyat (HEBAT) bagi mendengar denyut nadi rakyat dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

317
Kongsi :
Previous post PROGRAM WRUR 2026 BERKONSEP BAHARU
Next post PROJEK RESIDENSI KLEBANG 2 LEWAT KERANA KERJA PEMBENTUNGAN