
BAJET NEGERI MELAKA 2026 BERTERASKAN ‘MELAKA SAYANG RAKYAT’
SERI NEGERI 5 Disember – Bajet Negeri Melaka 2026 dirangka bersandarkan iltizam ‘Demi Rakyat Untuk Rakyat’, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Menurut Ketua Menteri, ia juga dirangka berteraskan semangat ‘Melaka Sayang Rakyat (MeSRa)’, dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan yang terancang dan inklusif.
Justeru, jelas beliau, sebanyak 204 inisiatif telah disediakan untuk tahun 2026, di mana ia meningkat berbanding 168 inisiatif pada 2025.
“Syukur Alhamdulillah, berbaki 26 hari sebelum 2025 melabuhkan tirai, kesemua 168 inisiatif Bajet 2025 berjaya direalisasikan. Maka, segunung penghargaan saya zahirkan kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan, penjawat awam serta seluruh tenaga sokongan yang telah mencurahkan kudrat dan keringat ‘Demi Rakyat Untuk Rakyat’
“Berbekalkan kejayaan ini, kita mara ke tahun 2026 dengan cetusan 204 inisiatif berpaksikan ‘Melaka Sayang Rakyat’,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAHASISWA UNIMEL HARGAI INISIATIF KOMPUTER WAKAF
KUALA LINGGI 8 Jun - Bantuan dalam bentuk komputer mungkin kelihatan sederhana, namun bagi mahasiswa bergantung kepada kemudahan teknologi ia...
INFRASTRUKTUR KESIHATAN MODEN UNTUK RAKYAT MELAKA
SERI NEGERI 8 Jun - Peruntukan RM1.8 bilion yang dimohon Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi perancangan pelaksanaan projek pembangunan dan...
PENERBANGAN LALUAN MELAKA-PULAU PINANG BAKAL BEROPERASI TAHUN INI
KESIDANG 8 Jun - Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) bakal mengendalikan laluan penerbangan Melaka-Pulau Pinang menerusi syarikat penerbangan Batik Air....
INISIATIF WAKAF PEMANGKIN KELESTARIAN PENDIDIKAN UNIMEL
KUALA LINGGI 8 Jun - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) tampil memperkasa agenda kelestarian pendidikan menerusi inisiatif wakaf dan endowmen sebagai...
DARI BARA JADI KARYA, DUA BERADIK NYALAKAN SENI ‘WOODBURN’ BERIDENTITI MALAYSIA
AYER LIMAU 8 Jun – Seni 'woodburn' atau ukiran kayu menggunakan teknik pembakaran halus mungkin semakin asing dalam kalangan generasi...
MELAKA RIVER CRUISE HIDUPKAN SEMULA KENANGAN 10 TAHUN LALU
BANDA HILIR 8 Jun – Kunjungan ke Melaka River Cruise sempena Program Melaka Bila Larut Malam Edisi Jun menjadi perjalanan...
