Sorting by

×

PEMBANGUNAN USAHAWAN OKU DIBERI PERHATIAN

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

SERI NEGERI 5 Disember – Kerajaan Negeri terus komited dalam memastikan golongan orang kurang upaya (OKU) diberi perhatian sewajarnya dalam semua aspek pembangunan termasuk program sokongan dan keusahawanan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, beberapa kementerian juga turut menyediakan bantuan mula niaga kepada golongan OKU menerusi beberapa skim serta program.

Beliau berkata, antara kementerian yang terbabit adalah Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup (KPDN), Kementerian Kemahiran Desa dan Wilayah (KKDW) Dan Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP).

“Sehingga Oktober 2025 lalu TEKUN Nasional telah menyalurkan bantuan berjumlah RM27.6 juta kepada seramai 2,279 usahawan OKU seluruh negara, daripada jumlah itu 107 adalah dari Melaka membabitkan nilai RM1.01 juta.

“Untuk tahun 2025 seramai lima usahawan OKU di Melaka telah disalurkan pembiayaan berjumlah RM53,000 melalui pelaksanaan Skim Pembiayaan OKU (SP-OKU).

“Ia membabitkan dua usahawan dari seliaan TEKUN Parlimen Jasin dan Parlimen Kota Melaka serta seorang daripada kawasan Parlimen Masjid Tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Mohd Noor Helmy Abdul Halem (BN-Duyong) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Kalsom yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu berkata, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah menyalurkan insentif kepada golongan OKU melalui pelaksanaan 2 Years Exit Programme (2 YEP).

“Pada tahun 2025 JKM telah memilih lima orang peserta dari golongan OKU untuk mengikuti program ini dengan peruntukan sebanyak RM25,000 bagi modal termasuk latihan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

170
Kongsi :
Previous post PARKIR PERCUMA DI MELAKA SEMPENA MUSIM PERAYAAN
Next post MELAKA SEDIA 7 INSENTIF BAHARU RANCAKKAN PELANCONGAN