Sorting by

×

MELAKA UMUM DUA ‘MANIS-MANIS’ UNTUK PENJAWAT AWAM

Masa Membaca:58 Saat

SERI NEGERI 5 Disember – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan dua berita gembira buat penjawat awam negeri ketika membentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 yang bertemakan ‘Pembangunan Terancang, Demi Rakyat Untuk Rakyat’ di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Jelas beliau, berita gembira pertama adalah Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM2,000 untuk penjawat awam negeri yang akan diberi pada akhir bulan ini.

Tidak hanya itu, beliau berkata, penjawat awam juga akan menerima RM500 pada bulan Mac 2026 sebagai pemberian tambahan.

“Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam ini adalah sebagai tanda penghargaan di atas segala pencapaian sepanjang tahun 2025.

“Dengan pengumuman minimum RM2,000, seramai 1,153 orang akan mendapat lebih daripada sebulan gaji. Antaranya yang paling tinggi adalah seramai 631 orang Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta guru Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM),” katanya.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, inisiatif itu diharap dapat menyuntik semangat baharu kepada seluruh penjawat awam untuk terus komited seiring dengan aspirasi kepimpinan negeri.

“Ini demi menjayakan agenda Pembangunan Terancang, Demi Rakyat Untuk Rakyat pada tahun 2026. Insya-Allah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1256
Kongsi :
Previous post PEMBANGUNAN TERANCANG, DEMI RAKYAT UNTUK RAKYAT JADI TEMA BAJET NEGERI MELAKA 2026
Next post MELAKA BENTANG BAJET 2026 BERJUMLAH RM528.8 JUTA, KEKALKAN INISIATIF BAJET LEBIHAN