Sorting by

×

BAJET NEGERI MELAKA 2026 BELA KEBAJIKAN NELAYAN

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SERI NEGERI 5 Disember – Kebajikan golongan nelayan terus diperkasa melalui pelaksanaan pelbagai program strategik bagi menjamin kelangsungan dan keterjaminan bekalan makanan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, untuk itu Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM1 juta bagi membantu nelayan membeli peralatan seperti jaring dan kelengkapan lain sebagai meringankan beban mereka.

Selain itu, ujar beliau, bagi menaik taraf kemudahan nelayan, sejumlah RM900,000 lagi diperuntukkan di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Ia meliputi bangsal pukat serta ramp di Pangkalan Nelayan Kuala Sungai Baru, selain pembinaan baharu Balai Nelayan Kuala Sebatu, Jasin.

“Selain itu, kerja-kerja menaik taraf balai nelayan dan kemudahan berkaitan di Pangkalan Nelayan Kuala Merlimau turut dilaksanakan demi memastikan golongan itu menikmati prasarana lebih selesa dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 bertemakan ‘Pembangunan Terancang, Demi Rakyat Untuk Rakyat’ pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Menurut Ab Rauf, bagi memastikan nasib nelayan yang terkesan akibat projek tambakan laut terus terbela, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan projek akuakultur sebagai alternatif sumber pendapatan baharu kepada golongan terbabit.

“Melalui inisiatif ini, kerajaan mahu memastikan nelayan terus mempunyai masa depan yang terjamin walaupun berdepan perubahan ekosistem dan pembangunan pesisir pantai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

230
Kongsi :
Previous post KURANGKAN RISIKO UNIT TIDAK TERJUAL, PR1MA PARIT MELANA DIHENTIKAN
Next post SEWA PREMIS PERCUMA SEBULAN ‘HADIAH’ UNTUK PENIAGA MELAKA