Sorting by

×

SEWA PREMIS PERCUMA SEBULAN ‘HADIAH’ UNTUK PENIAGA MELAKA

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 5 Disember – Golongan peniaga di Melaka menerima ‘hadiah’ daripada Kerajaan Negeri dengan pemberian sewaan percuma selama sebulan bagi semua premis perniagaan milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi serta anak syarikat Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, hadiah itu sebagai penghargaan kepada peranan besar para peniaga dan usahawan yang menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi negeri.

“Langkah ini bukan sekadar inisiatif meringankan beban, malah satu bentuk sokongan moral untuk memastikan peniaga terus berdaya saing dan berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 bertemakan ‘Pembangunan Terancang, Demi Rakyat Untuk Rakyat’ di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Dalam pembentangan sama, Ab Rauf turut mengumumkan peruntukan RM300,000 bagi kesinambungan program pemerkasaan koperasi khususnya pembangunan koperasi kluster mikro dan kariah masjid.

“Kerajaan Negeri juga memperkenalkan Pusat Sehenti Usahawan pertama di Melaka yang menghimpunkan lebih 10 agensi sebagai pusat rujukan dan sokongan keusahawanan secara menyeluruh.

“Kita harap semua peniaga dapat memanfaatkan peluang ini bagi meningkatkan keupayaan perniagaan dan terus menyemarakkan ekonomi tempatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

201
Kongsi :
Previous post BAJET NEGERI MELAKA 2026 BELA KEBAJIKAN NELAYAN
Next post 500 PELAJAR B40, 500 OKU TERIMA MANFAAT LESEN MOTOSIKAL PERCUMA