
MAIM JELAJAH 28 DUN SALUR BANTUAN PERSEDIAAN RAMADAN 2026
AYER KEROH 19 Disember – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menjelajah kesemua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyampaikan Bantuan Persediaan Ramadan 2026/1447H.
Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, penyerahan bantuan itu adalah bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin menyambut Ramadan yang bakal tiba dua bulan lagi.
“Untuk penyerahan bantuan pada 2026, MAIM akan turun ke setiap DUN bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak.
“Penyerahan sumbangan ini kita akan adakan lebih awal sebelum Ramadan memandangkan umat Islam akan mula berpuasa pada Februari.
“Namun begitu terdapat beberapa DUN penyerahan akan diadakan semasa Ramadan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Shaifulfazlee, seperti penganjuran sebelum ini, lokasi penyerahan sumbangan akan diadakan di masjid yang terpilih.
“Untuk Bantuan Persediaan Ramadan ini selain ketua keluarga yang akan menerima RM400 bagi kategori asnaf fakir, isteri dan setiap anak di bawah tanggungan pula akan menerima RM100.
“Program ini diadakan setiap tahun ia bagi meringankan beban perbelanjaan isi rumah selain memastikan penerima dapat membuat persediaan lebih awal,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZOO MELAKA BELANJA ‘SI CILIK’ MASUK PERCUMA
AYER KEROH 18 November - Seramai 100 kanak-kanak berpeluang menikmati kemasukan percuma ke Zoo Melaka menerusi promosi khas sempena sambutan...
RAKYAT YAKIN AB RAUF MAMPU BAWA MELAKA LEBIH JAUH
AYER KEROH 18 November - Kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh yang disifatkan berjaya membawa pelbagai...
ADUAN RAKYAT TIDAK TERHENTI SELEPAS KEMPEN, DIRA AMBIL TINDAKAN
SERI NEGERI 18 November - Aduan rakyat yang dibangkitkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, khususnya membabitkan masalah...
RISIKO BANJIR MENINGKAT, CIKGU MUS AKTIFKAN LANGKAH PEMINDAHAN
SERI NEGERI 18 November - Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal diminta mempercepatkan...
‘TOK MAN’ MAHU AKHIRI EPISOD AIR BERTAKUNG SIMPANG SERKAM PEKAN
SERI NEGERI 18 November - Masalah air bertakung di persimpangan Serkam Pekan yang sekian lama menjadi rungutan penduduk antara isu...
PENTADBIRAN TERBUKTI BERKESAN, PELANTIKAN SEMULA AB RAUF SANGAT WAJAR
REMBIA 20 November - Pelantikan semula Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 bagi penggal...
