
MAIM JELAJAH 28 DUN SALUR BANTUAN PERSEDIAAN RAMADAN 2026
AYER KEROH 19 Disember – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menjelajah kesemua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyampaikan Bantuan Persediaan Ramadan 2026/1447H.
Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, penyerahan bantuan itu adalah bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin menyambut Ramadan yang bakal tiba dua bulan lagi.
“Untuk penyerahan bantuan pada 2026, MAIM akan turun ke setiap DUN bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak.
“Penyerahan sumbangan ini kita akan adakan lebih awal sebelum Ramadan memandangkan umat Islam akan mula berpuasa pada Februari.
“Namun begitu terdapat beberapa DUN penyerahan akan diadakan semasa Ramadan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Shaifulfazlee, seperti penganjuran sebelum ini, lokasi penyerahan sumbangan akan diadakan di masjid yang terpilih.
“Untuk Bantuan Persediaan Ramadan ini selain ketua keluarga yang akan menerima RM400 bagi kategori asnaf fakir, isteri dan setiap anak di bawah tanggungan pula akan menerima RM100.
“Program ini diadakan setiap tahun ia bagi meringankan beban perbelanjaan isi rumah selain memastikan penerima dapat membuat persediaan lebih awal,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
