
TERLANGGAR KABEL ELEKTRIK, PEMANDU PARAMOTOR HANYA CEDERA RINGAN
DUYONG 22 Disember – Seorang pemandu paramotor cedera rungan apabila terjatuh ke dalam sawah selepas dipercayai melanggar kabel elektrik ketika Larian Antarabangsa Budaya Duyongkita 2025, di Kampung Ku Sayang, Bukit Baru, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, insiden itu dikatakan berlaku kira-kira jam 8.40 pagi apabila satu daripada enjin paramotor dikendalikan lelaki terbabit didakwa mengalami masalah teknikal sebaik tiba di lokasi kejadian.
“Apabila tiba di kawasan sawah itu, paramotor terbabit dikatakan mengalami masalah teknikal sebelum tiba-tiba terlanggar kabel elektrik.
“Akibatnya pemandu paramotor tersebut telah terjatuh setinggi kira-kira 30 meter ke dalam sawah dan mengalami luka kecil di bahagian muka,” katanya.
Menurutnya, kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut hadir bagi memeriksa kabel yang dilanggar dan mengesahkan tiada kerosakan berlaku.
“Selain itu juga insiden tidak membabitkan sebarang kecederaan terhadap orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR: 161 PROJEK PEMBANGUNAN BERNILAI RM6.5 JUTA SEJAHTERAKAN WARGA RIM
RIM 23 Jun - Sebanyak 161 projek pembangunan termasuk naik taraf bernilai lebih RM6.5 juta telah dilaksanakan di kawasan Dewan...
WRUR RIM: MPJ TEBANG POKOK BERISIKO DEMI KESELAMATAN
RIM 23 Jun - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melaksanakan operasi kerja-kerja cantas dan tebang pokok serta semak samun yang dipercayai...
TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA, BUKTI MELAKA RIVER CRUISE SEMAKIN DIKENALI DUNIA
AYER KEROH 23 Jun - Produk pelancongan ikonik negeri, Melaka River Cruise mengukuhkan reputasi di pentas antarabangsa apabila meraih dua...
PELANTIKAN JABATAN, BAPA ANGKAT SUNTIK SEMANGAT ATLET SUKMA MELAKA
AYER KEROH 23 Jun - Inisiatif pelantikan bapa angkat dan jabatan angkat dilihat mampu membantu atlet Melaka untuk memberikan persembahan...
NUR JASMINE TEMUI ISLAM MELALUI KASIH IBU ANGKAT
KESIDANG 23 Jun - Perjalanan hidup Nur Jasmine Qaisara Lee Shin Yi, 25, memeluk Islam sejak 2016 akhirnya membawa dia...
LPM SELESAI BINA 10 RUMAH TRANSIT
AYER KEROH 23 Jun - Sebanyak 10 unit rumah transit telah siap dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) di seluruh...
