Sorting by

×

SUKAN MELAKA 2026 PERTARUH 10 ACARA, PINGPONG DIPERKENALKAN

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 Disember – Sukan pingpong dimasukkan sebagai acara baharu dalam Sukan Melaka 2026 bagi menambah variasi dan membuka peluang kepada lebih ramai rakyat khususnya golongan belia terlibat secara aktif.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam berkata, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan acara kepada 10 jenis sukan.

“Sukan pingpong dijangka menarik minat peserta baharu dan memberi dimensi lebih kompetitif kepada edisi Sukan Melaka pada tahun hadapan.

“Sambutan menggalakkan daripada masyarakat mendorong Kerajaan Negeri menjadikan Sukan Melaka sebagai acara tahunan sekali gus memperkukuh hubungan antara kepimpinan masyarakat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Sukan Melaka 2025 Peringkat Negeri Melaka Piala YAB Ketua Menteri Melaka serta Perlawanan Akhir Bola Sepak yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Stadium Hang Tuah, di sini, malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin serta barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Menurutnya, edisi Sukan Melaka 2025 telah berlangsung selama empat bulan bermula 5 September hingga 22 Disember 2025 di beberapa lokasi sukan yang ditetapkan.

“Semua pemenang bagi setiap jenis sukan di peringkat negeri menerima piala YAB Ketua Menteri Melaka berserta pingat dan hadiah wang tunai.

“Manakala juara keseluruhan menerima piala pusingan berdasarkan kutipan markah keseluruhan bagi setiap acara yang dipertandingkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

514
Kongsi :
Previous post MELAKA PERHEBAT AGENDA SUKAN, PERUNTUK RM10.9 JUTA PERKASA FASILITI
Next post PBT ‘JENTERA’ UTAMA MELAKA SEJAHTERAKAN RAKYAT