Sorting by

×

MELAKA BERSELAWAT PENGISIAN ROHANI SAMBUT 2026

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BUKIT KATIL 23 Disember – Orang ramai dijemput memeriahkan Melaka Berselawat sempena Ambang Tahun Baharu 2026 pada 27 Disember (Sabtu ini) bertempat di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Program bermula jam 7 malam anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) itu diadakan sebagai pengisian rohani menjelang tahun baharu dengan matlamat menyemai keberkatan, ketenangan jiwa serta keharmonian masyarakat.

Pengurus Baitulmal MAIM Mohd Hairulamin Mohd Sis berkata, majlis akan diserikan dengan kehadiran Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, tokoh dakwah tersohor yang bakal menyampaikan tausiah khas kepada para hadirin.

“Pengisian program merangkumi solat Maghrib dan Isyak berjemaah, bacaan Yasin, Ratib Al-Attas diikuti selawat dan qasidah oleh kumpulan Ahbabus Sham serta Hadrah.

“Program ini diharap dapat menjadi platform menyambut tahun baharu dengan pendekatan lebih bermakna dan diberkati.

“Melalui majlis berselawat ini, mudah-mudahan bumi Melaka serta masyarakatnya dilimpahi rahmat dan keredaan Allah SWT, sekali gus menjadi permulaan yang baik bagi tahun 2026,” katanya.

6219811921578363946
PENGURUS Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Mohd Hairulamin Mohd Sis. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Beliau berkata demikian selepas Program Khatan Anak Asnaf MAIM (Khas) 2025 yang dirasmikan Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Datuk Rosli Abdullah di Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, di sini, hari Ini.

Sehubungan itu, beliau menjemput orang ramai khususnya warga Melaka untuk hadir beramai-ramai bagi mengimarahkan Melaka Berselawat di Dataran MBMB pada 27 Disember ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

332
Kongsi :
Previous post PEMBANGUNAN BAHARU DI BAZAR MELAKA SENTRAL BERMULA 2026
Next post APLIKASI MYSAMB LONJAKAN INOVASI SAMB