
‘KITA TIDAK RAIH SIMPATI, TAPI JANGAN KITA DIMAKI..’
ALOR GAJAH 23 Disember – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meluahkan rasa dukacita terhadap tindakan beberapa pemimpin DAP yang meraikan keputusan mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.
Beliau berkata, dalam semangat kebersamaan di bawah panji Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk, tindakan tersebut adalah tidak wajar sama sekali.
Tegas beliau, sebarang ruang untuk menghina atau mencerca individu yang telah dihukum tidak seharusnya timbul, apatah lagi untuk diraikan.
“Dalam perkara ini kita tidak meraih simpati, tetapi jangan kita dimaki,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hi Tea Dan Doa Restu: Meraikan Bakal Jemaah Umrah Dan Peserta Ziarah Keagamaan SAMB, di Villa Harmoni SAMB, A’Famosa Resort Melaka, di sini, hari ini.
Semalam, tindakan seorang pemimpin DAP memuat naik hantaran ‘Another reason to celebrate this year end’ berkait keputusan mahkamah Najib mengundang kemarahan pemimpin UMNO yang menyifatkannya sebagai biadab.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
