Sorting by

×

RIVER CRUISE SUNGAI RAMBAI DILANCAR TAHUN HADAPAN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

DUYONG 25 Disember – Melaka bakal menampilkan satu lagi produk pelancongan baharu iaitu River Cruise Sungai Rambai yang dijangka dilancarkan pada Mac atau April 2026.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada rancangan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) untuk menggami lebih ramai pengunjung ke negeri ini pada tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, inisiatif ini bakal menambah pilihan aktiviti pelancongan menarik yang ada di Melaka selain mempromosikan keindahan Sungai Rambai.

“River Cruise Sungai Rambai merupakan produk terbaru yang kami yakin akan menjadi tarikan utama pelancong.

“Pengunjung boleh menikmati pemandangan unik sambil mempelajari sejarah dan budaya setempat,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Perhimpunan Bulanan Disember 2025 PPSPM di Ruang Galeri Pejabat PPSPM, Dataran Pengkalan Rama, semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Operasi (JPO) PPSPM Salman Salim dan Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat (JPPK) PPSPM Khairunissa Ibno Massoda.

Selain itu, katanya pengunjung yang hadir memakai pakaian tradisional etnik masing-masing akan diberi peluang menaiki bot percuma menerusi Program Melaka Bila Larut Malam, selaras dengan pengumuman Bajet Negeri Melaka 2026.

“Kerajaan Negeri juga telah menyediakan kemasukan percuma bagi pakej pelancongan tertentu termasuk sambutan Hari Polis, Hari Guru dan Hari Tentera, manakala ahli keluarga pula boleh menikmati diskaun 50 peratus,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

423
Kongsi :
Previous post RUMAH ADAT PERPATIH NEGERI MELAKA JENAMA BAHARU MUZIUM NANING
Next post MPJ BAIK PULIH 35 RUMAH, EMPAT DIBINA BAHARU SEPANJANG 2025