Sorting by

×

WARGA UNIMEL JULANG WARISAN, SENI DAN BUDAYA MELAYU

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KUALA LINGGI 26 Disember – Warisan budaya bukan sekadar pakaian, permainan atau persembahan kesenian semata-mata, sebaliknya ia merangkumi falsafah hidup, adab, disiplin keberanian serta spiritual.

Mengulas mengenai perkara itu Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Ezlina Alias berkata, kesemua nilai-nilai berkenaan kemudian membentuk tamadun Melayu-Islam sejak sekian lama.

“Nilai-nilai berkenaan seharusnya terus dipertahankan dalam mendepani cabaran globalisasi dan arus pemodenan. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memelihara dan memulihara selain memperkasa seni budaya tempatan selari dengan inspirasi Melaka sebagai negeri warisan dunia serta pusat rujukan kebudayaan Melayu-Islam.

“Dalam konteks ini saya ingin memberikan penekanan khusus kepada seni silat yang bukan sekadar seni mempertahankan diri, tetapi adalah ilmu warisan bangsa merangkumi aspek akhlak, disiplin, kepimpinan, keberanian dan membentuk jati diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Menjulang Kesenian Dan Kebudayaan Melayu 2025 di Stadium Tariq Zyad, Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, 18 Disember lalu.

Hadir sama Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly dan Penasihat Eksekutif Pertubuhan Al Qubro merangkap pengarah karnival, Mohamad Nazir Baharom.

Ezlina berkata, program seumpama itu adalah ruang perlu dimanfaatkan semua untuk mengenal jati diri, menghargai warisan dan menyemai rasa tangggungjawab dalam memelihara khazanah budaya bangsa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

448
Kongsi :
Previous post GURU WANITA RUGI LEBIH RM140,000 DITIPU LELAKI MENYAMAR PEGAWAI NSRC
Next post POLIS RAMPAS DADAH RM1.04 BILION, LUMPUHKAN SINDIKET DADAH ANTARABANGSA