Sorting by

×

20 BAS PENGANTARA, ‘FERI SEKOLAH’ DISEDIAKAN UNTUK PENGUNJUNG SAMBUTAN TAHUN BAHARU 2026

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 27 Disember – Sebanyak 20 buah bas ulang alik (shuttle bus) disediakan khusus kepada pengunjung yang hadir ke Sambutan Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas di Encore.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, kemudahan disediakan bagi memudahkan pergerakan pengunjung dari kawasan parkir ke lokasi sambutan.

“Sebagai makluman ‘shuttle bus’ ini akan beroperasi bermula 27 Disember (hari ini) sehingga malam Ambang Tahun Baharu yang mana ia akan sentiasa bergerak untuk mengambil penumpang.

“Menariknya, pihak tentera juga turut menyediakan trak atau ‘Feri Sekolah’ bagi mengambil pengunjung,” katanya.

Menurut Shadan, sepanjang lima hari berlangsungnya sambutan itu juga, penguatkuasa MBMB turut akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran trafik bertujuan memudahkan pergerakan pengguna jalan raya.

“Pasukan penguatkuasa akan digerakkan dan ditempatkan di laluan-laluan menuju ke lokasi penganjuran bagi memastikan trafik berada dalam keadaan baik.

“Selain itu juga turut bersama-sama dengan MBMB dalam menjaga kelancaran aliran trafik adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Tentera,” katanya.

Jelas Shadan, sepanjang sambutan berlangsung juga komitmen MBMB adalah memastikan kawasan sekitar bukan sahaja berada dalam keadaan ceria dan indah malah kebersihan terjaga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

499
Kongsi :
Previous post SEORANG KANAK-KANAK MAUT, TUJUH CEDERA DALAM KEMALANGAN DI JALAN FELDA BELARA
Next post MELAKA BAKAL LANCAR APLIKASI SMART AI TOURISM