Sorting by

×

LEBIH 5,000 DIJANGKA MERIAHKAN MELAKA BERSELAWAT

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 26 Disember – Lebih 5,000 umat Islam dijangka akan berhimpun bagi bersama-sama memeriahkan majlis ilmu Melaka Berselawat sempena Sambutan Tahun Baharu 2026 di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) malam esok.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, program berkenaan adalah anjuran bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

“Kita menampilkan tokoh pendakwahah terkenal iaitu Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid. Majlis dijadualkan bermula dengan solat Maghrib berjemaah, turut akan berlangsung tausiah akan disampaikan Al-Habib Ali Zainal Abidin dan diteruskan dengan selawat.

“Melaka Berselawat juga akan menampilkan kumpulan qasidah tempatan iaitu Ahbabus Sham dan Hadra yang akan membuat persembahan.

“Program berselawat ini diadakan sebagai pengisian rohani menjelang tahun baharu selain bertujuan menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Shadan berkata, untuk itu mewakili Kerajaan Negeri beliau menjemput penduduk Melaka khususnya umat Islam untuk hadir memeriahkan Melaka Berselawat.

“Bertempat di Dataran MBMB, saya mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Melaka Berselawat dan sekali gus dapat mengeratkan ukhuwah, memupuk rasa kebersamaan serta keharmonian dalam masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

406
Kongsi :
Previous post WANITA WARGA EMAS, ANAK MAUT DALAM KEBAKARAN DI PPR DATO SENU
Next post KELUARGA WANITA TINGGAL SETAHUN DI KLIA TERMINAL 1 MASIH GAGAL DIKESAN – POLIS