
LEBIH 200 SAHUT CABARAN COMMANDO FUN RIDE
KLEBANG 27 Disember – Lebih 200 peserta menyahut cabaran Commando Fun Ride di Encore Melaka, di sini, hari ini.
Acara sukan itu merupakan sebahagian pengisian yang diadakan bersempena Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas 2025.
Upacara pelepasan peserta telah disempurnakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.
Turut bersama, Pegawai Memerintah Rejimen 21 Komando Kolonel Razak Akob dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka Nasrul Ahmad.
Commando Fun Ride melibatkan dua kategori iaitu kayuhan santai dan lasak, di mana ia membabitkan jarak sejauh 15 kilometer dan 35 kilometer.
Selain memeriahkan sambutan Jubli Intan RGK, acara itu juga bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan silaturahim, selain mempromosikan aktiviti riadah dalam kalangan masyarakat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CIPTA APLIKASI BAHASA INGGERIS, MURID PPKI RANGKUL GELARAN JOHAN
AYER KEROH 18 Ogos - Kesukaran menguasai Bahasa Inggeris mendorong murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Paya...
RM20 JUTA ATASI ‘SALIRAN BERMASALAH’ DI MELAKA
AYER LIMAU 18 Ogos - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM20 juta bagi kerja menaik taraf sistem saliran di Melaka, termasuk...
PHONM PENH CROWN JUARA KEJOHANAN PIALA TYT MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos - Phnom Penh Crown FC (PPCFC) muncul juara Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament...
KOS RAWATAN TINGGI, MAIM RINGANKAN BEBAN PESAKIT KRONIK
AYER KEROH 18 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus membantu meringankan beban keluarga yang berdepan kos rawatan penyakit...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI DIGILAP JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
KUALA LINGGI 18 Ogos - Lebih banyak lokasi menarik sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dibangunkan dan ditransformasikan...
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
