
MANGSA BANJIR DI SUNGAI RAMBAI KEKAL 36 ORANG
SUNGAI RAMBAI 31 Disember – Mangsa banjir di Sungai Rambai masih kekal 36 orang setakat jam 8 pagi ini, di mana kesemuanya masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu membabitkan seramai lapan buah keluarga dari dua buah kampung.
Kata kenyataan itu, dua kampung terlibat adalah Kampung Parit perawas Benteng dan Kampung Tasek Benteng.
“Kesemua 36 mangsa dipindahkan sebaik PPS SK Parit Penghulu diaktifkan pada jam 3.45 petang, kelmarin.
“Setakat semalam, paras air mula menunjukkan penurunan, namun situasi banjir masih belum pulih sepenuhnya,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, menurut InfoBencanaJKM, daripada keseluruhan mangsa, 23 daripadanya merupakan orang dewasa, manakala 13 lagi adalah kanak-kanak.
Daripada jumlah itu, lima daripadanya merupakan warga emas dan tiga lagi adalah orang kurang upaya (OKU).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PHONM PENH CROWN JUARA KEJOHANAN PIALA TYT MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos - Phnom Penh Crown FC (PPCFC) muncul juara Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament...
KOS RAWATAN TINGGI, MAIM RINGANKAN BEBAN PESAKIT KRONIK
AYER KEROH 18 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus membantu meringankan beban keluarga yang berdepan kos rawatan penyakit...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI DIGILAP JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
KUALA LINGGI 18 Ogos - Lebih banyak lokasi menarik sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dibangunkan dan ditransformasikan...
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
