
Melaka putuskan SOP operasi pasar terbuka Rabu ini
AYER KEROH 15 Jun – Kerajaan negeri bakal memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) bagi operasi pasar terbuka seperti pasar pagi, pasar malam dan pasar tani pada Rabu ini.
Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata SOP tersebut akan diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan akan diberikan kepada pihak penganjur pasar terbuka berkenaan.
Beliau berkata peniaga pasar terbuka boleh berniaga mulai hari ini seperti diumumkan kerajaan pusat namun adalah lebih baik jika peniaga tersebut menunggu sehingga SOP berkaitan dikeluarkan kerajaan negeri.
“Pembukaan semula pasar pagi, pasar malam dan pasar tani memang kita dah benarkan seperti peringkat pusat umumkan.
“Cuma Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu jumpa penganjur untuk faham sendiri berapakah jumlah penjaja, peniaga yang ada di bawah anjuran mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Kempen ‘Dream Now, Travel Later’ dan Aplikasi Pelancongan Rasmi Negeri Melaka iaitu ‘Melaka eXcess’ di Seri Negeri, hari ini.
Sulaiman meminta semua peniaga pasar terbuka bersabar sehingga SOP dimumkan sedikit masa lagi bagi menjamin kesihatan mereka dan pengunjung.
“PBT akan edarkan SOP kepada penganjur, InsyaAllah dalam minggu ni kita akan edarkan.
“Saya harap semua penganjur dan peniaga patuhilah SOP tersebut,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA IKTIRAF PERANAN MEDIA SEBAGAI SUARA RAKYAT, NEGERI
BANDA HILIR 31 Mei - Pengamal media di negeri ini diiktiraf sebagai antara watak penting dalam menyampaikan berita dan maklumat...
WRUR BANDA HILIR: 90 PROGRAM, 1 MATLAMAT SANTUNI RAKYAT
BANDA HILIR 31 Mei - Hampir 90 program bakal mewarnai rogram Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
IBU BAPA SOKONG PENGESAHAN UMUR DEMI KESELAMATAN ANAK DI ALAM MAYA
BANDA HILIR 31 Mei – Pelaksanaan mekanisme pengesahan umur menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) menerima sokongan ibu bapa...
BECA JADI ‘DUTA’ WRUR BANDA HILIR
BANDA HILIR 31 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir membuka tirai dengan...
PLATFORM MEDIA SOSIAL WAJIB PATUHI KOD BAHARU MULAI ESOK
BANDA HILIR 31 Mei – Penyedia platform media sosial yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia diwajibkan mematuhi Kod...
PENDIDIKAN MAMPU UBAH BUDAYA NEGATIF ‘E-SPORTS’
PENGKALAN BATU 31 Mei - Budaya negatif dalam sukan elektronik atau e-sukan mampu ditangani menerusi pendidikan bersesuaian yang diperkenalkan seawal...

