Sorting by

×

KETUA MENTERI PUJI KECEKAPAN SUKARELAWAN PARAKOM

Masa Membaca:56 Saat

BANDA HILIR 4 Januari – Inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM) terbukti berkesan dalam menyediakan perkhidmatan tindak balas segera melibatkan kes kecemasan khusus di lokasi tumpuan pelancong, kataĀ  Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Malah Ketua Menteri memuji PARAKOM apabila beliau menyaksikan sendiri kecekapan sukarelawan yangĀ  memberikan rawatan kepada seorang pelancong ketika Program Melaka Bila Larut Malam 3.0, semalam.

Katanya, insiden itu melibatkan seorang pelancong yang tiba-tiba rebah di kawasan Hard Rock Cafe (HRC), Banda Hilir.

ā€œPasukan PARAKOM yang berada di lokasi bertindak pantas memberikan bantuan kecemasan awal sebelum mangsa diberikan rawatan lanjut, sekali gus berjaya menyelamatkan nyawa pelancong terbabit.

ā€œKecekapan dan profesionalisme ditunjukkan PARAKOM meningkatkan keyakinan pelancong terhadap Melaka sebagai destinasi pelancongan yang mengutamakan aspek keselamatan dan kesejahteraan pengunjung,ā€ katanya menerusi hantaran di facebook rasminya.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata dedikasi petugas PARAKOM turut mencerminkan keupayaan Melaka menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan komuniti yang cekap dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

ā€œPenubuhan PARAKOM dilihat sebagai satu inisiatif strategik Kerajaan Negeri dalam memperkukuh sistem keselamatan awam serta kebajikan rakyat, selaras dengan aspirasi Melaka yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan masyarakat,ā€ katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

922
Kongsi :
Previous post ANGIN KENCANG: OPERASI MENARA TAMING SARI DIHENTIKAN SEMENTARA
Next post PPSPM MAHU TERUSKAN CABUTAN BERTUAH CRUISE MADANI, TAWAR HADIAH LEBIH MENARIK