
PELANCONG PUAS HATI, MELAKA KEKAL DESTINASI PILIHAN
BANDA HILIR 5 Januari – Kehadiran pelancong sempena musim cuti persekolahan sekitar lokasi tumpuan di Melaka terus merekodkan sambutan menggalakkan
Tinjauan Melaka Hari Ini di perkarangan Menara Taming Sari mendapati rata-rata pelancong yang hadir meluahkan rasa puas hati terhadap suasana serta kemudahan yang disediakan.

Pengunjung dari Kelantan, Noor Nazilahwati Ibrahim, 41, berkata Melaka sentiasa menjadi pilihan utama untuk bercuti bersama keluarga kerana pelbagai tarikan menarik ditawarkan dalam satu kawasan.
āKunjungan kali ini merupakan kali ketiga kami sekeluarga datang ke Melaka, setiap kali datang ke Melaka memang tak bosan sudah banyak yang berubah.
āBanyak tempat boleh dilawati dan sesuai untuk semua peringkat umur. Saya, suami dan anak-anak memang suka suasana di sini, orang ramai mesra dan makanannya sangat menarik.
āMelaka sentiasa menjadi pilihan kerana kepelbagaian tarikan pelancongan yang mudah diakses serta sesuai untuk seisi keluarga,āujarnya.

Dalam pada itu, pelancong dari Johor Bahru, Johor, Mohammed Fakhrul Islam Roshdi, 31, menyifatkan Melaka sebagai destinasi unik yang menggabungkan elemen sejarah, budaya dan moden dalam satu bandar.
āKami sudah berada di Melaka sejak kelmarin kerana ada perkahwinan saudara di sini jadi ambil kesempatan membawa anak-anak dan mentua bercuti ke Melaka.
āHasrat hati nak bawa keluarga menyelusuri Sungai Melaka menerusi bot Melaka River Cruise, tapi ada yang bagi pandangan suasana malam lebih menarik, jadi siang hari ini kami berjaya cuci mata di sekitar Banda Hilir,ā katanya yang bercuti bersama hampir 20 ahli keluarga keseluruhan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


