
MPHTJ SEMAI SEMANGAT SAYANGKAN ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN KOMUNITI
AYER KEROH 5 Januari – Usaha menceriakan persekitaran awam dan memupuk kesedaran berhubung alam sekitar dalam komuniti diteruskan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerusi Program Pembudayaan Landskap.
Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, inisiatif tersebut bertujuan menggalakkan penglibatan komuniti termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), sekali gus membudayakan gaya hidup hijau.
“Inisiatif Pembudayaan Landskap ini antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan MPHTJ. Terbaharu 17 pelajar IPT turun padang menjayakan program ini yang dianjurkan di Taman Botanikal Ayer Keroh pada Sabtu (3 Januari).
“Menerusi program CSR ini pelajar terbabit menjalankan aktiviti pengindahan landskap dengan menanam pokok sekitar Taman Botanikal Ayer Keroh,” katanya.
Menurut Sapiah, usaha ini juga secara tidak langsung dapat melahirkan generasi yang lebih peka, bertanggungjawab dan komited terhadap pemeliharaan alam sekitar demi kesejahteraan bersama.
“Malah program ini juga diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform kerjasama strategik antara Pihak Berkuasa Tempatan dan pengurusan IPT,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...
ASNAF MUALAF DIUJI, MAIM TERUS DEKATI
PANTAI KUNDOR 17 September - "Ada masanya kalau sakit orang akan lari atau menjauhkan diri, tetapi Balai Islam Majlis Agama...
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU KEJAYAAN DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahraga para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
WRUR TANJUNG BIDARA: INISIATIF TURUN PADANG ERAT HUBUNGAN RAKYAT DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menghargai komitmen Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang turun padang bagi...
MENARA TAMING SARI JADI HAB PROGRAM BUDAYA, WARISAN
BANDA HILIR 17 September - Menara Taming Sari bukan sekadar ikon pelancongan Melaka, malah berpotensi diperluaskan fungsinya sebagai lokasi penganjuran...
