
GUNTING RAMBUT PERCUMA MANFAATKAN 260 ANAK-ANAK DUN BEMBAN
BEMBAN 13 Januari – Seramai 260 murid sekolah di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima manfaat menerusi Program Back To School – Gunting Rambut Percuma.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Mohd Raziff Yakop berkata, program itu diadakan bagi membantu meringankan perbelanjaan ibu bapa sempena pembukaan sesi persekolahan baharu.
“Menerusi program yang dianjurkan ini seramai 260 anak-anak sekolah rendah termasuk menengah menerima manfaat.
“Program ini telah dianjurkan di enam lokasi terpilih sekitar DUN Bemban, semalam antaranya Masjid Lama Kampung Tehel, Balai Raya Bemban Baru dan Balai Raya Kesang Tua,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Mohd Raziff, pihak Japerun sentiasa peka dan cakna akan kebajikan golongan kurang berkemampuan di dalam DUN Bemban.
“Boleh katakan program ini mendapat sambutan dalam kalangan ibu bapa kerana selain membuat persediaan untuk kelengkapan dan pakaian sekolah, gunting rambut juga penting.
“Usaha kecil ini diharap dapat memberikan makna besar buat keluarga yang terlibat terutamanya anak-anak untuk memulakan persekolahan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUSANA UNIK TARUHAN MPHTJ PERTAHAN KEJUARAAN PERBARISAN
KLEBANG 29 Ogos - Penampilan unik menerusi busana dan elemen hiasan berbeza menjadi taruhan kontinjen Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PRODUK, WARISAN MELAKA ‘MENYERLAH’ DI KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Dari sajian asam pedas hingga produk usahawan dan warisan budaya, Melaka berjaya 'membawa keluar' pesona...
TOK RAUF BAWA SINAR BAHARU BUAT PEWARIS ROTI CANAI 20 TAHUN
SERKAM 29 Ogos - Lebih 20 tahun meneruskan legasi keluarga dalam menghasilkan roti canai, Awang Mohd Afeendy Abu Samah, 52,...
KING KING ‘BELAJAR’ DUDUK DALAM KOTAK SEBELUM PULANG KE ZOO MELAKA
AYER KEROH 29 Ogos - Membawa pulang Harimau Malaya jantan atau namanya King King seberat 171 kilogram (kg) memerlukan proses...
PERSEMBAHAN HARI KEBANGSAAN TERBAIK UNTUK RAKYAT MELAKA
KLEBANG 29 Ogos - Rakyat Melaka dihidangan dengan pelbagai aktiviti menyuburkan semangat patriotisme, cintakan negara dan kerohanian yang terbaik sepanjang...
NEGERI MAJU, RAKYAT TERBELA – RAKYAT SERKAM PUJI KEPIMPINAN TOK RAUF
SERKAM 29 Ogos - Inisiatif Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam mendapat penghargaan masyarakat setempat...
