Sorting by

×

LELAKI MAUT, RAKAN CEDERA ALAT KIMPALAN MELETUP

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KLEBANG 13 Januari – Seorang lelaki maut manakala rakan sekerjanya melecur dalam insiden letupan yang mengakibatkan kebakaran di sebuah kilang kitar semula bahan buangan yang terletak di Taman Perindustrian Bukit Rambai, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian pada jam 1.30 petang.

Menurutnya, sepasukan 11 anggota termasuk Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi (PKO) memaklumkan benar terdapat insiden letupan yang menyebabkan kebakaran melibatkan alat kimpalan jenis ‘cranking unit’s (CRU).

“Kejadian didakwa berlaku ketika kerja-kerja kimpalan sedang dijalankan di dalam kawasan kilang.

“Akibat kejadian letupan itu dilaporkan terdapat dua mangsa iaitu seorang lelaki berusia 44 tahun melecur 90 peratus dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan manakala seorang lagi mangsa berusia 32 tahun melecur lima peratus di bahagian badan,” katanya.

Kata kenyataan itu, mangsa yang melecur kemudian dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan Hazmat turut hadir ke lokasi bagi pemantauan dan kawalan gas-gas beracun. Bagaimanapun, bacaan pada ‘gas detector’ adalah rendah dan selamat.

“Operasi tamat pada jam 4.48 petang,” kata kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

547
Kongsi :
Previous post EXCO AGAMA MELAKA ARAH JAIM SIASAT DAKWAAN HOTEL ‘MESRA GAY’
Next post MAYAT LELAKI DITEMUKAN MEREPUT DALAM KERETA DI PARKIR MITC