
JPJ MELAKA SIASAT ‘BAS PINK’ POTONG GARISAN BERKEMBAR
AYER KEROH 31 Januari – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka mengambil tindakan segera bagi menyiasat insiden Bas.my atau ‘bas pink’ yang didapati melakukan kesalahan memotong kenderaan lain di garisan berkembar.
Kesalahan itu dikesan selepas video berdurasi 14 saat dipercayai berlaku di sekitar Klebang tular di media sosial.
Pengarah JPJ Negeri Melaka Siti Zarina Mohd Yusop berkata, pihaknya telah mengeluarkan Notis Siasatan di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kepada pemilik syarikat untuk hadir ke JPJ Melaka serta mengemukakan maklumat pemandu semasa kejadian.
“Jika terbukti melakukan kesalahan, JPJ Negeri Melaka akan mengeluarkan notis saman P(22) di bawah Kaedah 17B(1) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu kesalahan memotong kenderaan di garisan berkembar.
“Kesalahan ini boleh mengenakan kompaun maksimum kompaun sehingga RM300 ke atas pemandu,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, JPJ Negeri Melaka juga akan meneliti dan menyiasat sekiranya berlaku lain-lain kesalahan berkaitan semasa proses temu siasat bersama syarikat dan pemandu bas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI PADA SABTU
KUALA LUMPUR 19 Mac - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor...
POLIS MELAKA SIAP SIAGA SEPANJANG AIDILFITRI
KLEBANG 19 Mac - Seramai 166 anggota trafik digerakkan di seluruh negeri ini sebagai kesiapsiagaan Polis Melaka bagi menghadapi peningkatan...
TYT, KM HADIRI MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL SYAWAL
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hadir ke Majlis Cerapan...
CHARITY OUTLET MELAKA MALL ‘DISERBU’
AYER KEROH 19 Mac - Usaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mewujudkan pusat pengumpulan pakaian terpakai ‘Charity Outlet Melaka...
KES ROGOL BAWAH UMUR ANTARA PENYUMBANG JENAYAH KEKERASAN DI MELAKA
KLEBANG 19 Mac - Peningkatan kes rogol melibatkan mangsa bawah umur dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan jenayah...
AYAM RM5 BUKTI ‘MELAKA SAYANG RAKYAT’ DIRASAI WARGA TABOH NANING
TABOH NANING 19 Mac –Jualan ayam serendah RM5 seekor di Dewan Terbuka Taman Sri Naning di sini, mendapat sambutan menggalakkan...
